fbpx

Piala Asia: Tiga penalti bantu Qatar muncul juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WIRA Qatar, Akram Afif dijulang oleh rakan sepasukannya selepas meledak tiga gol untuk benam Jordan 3-1 pada aksi final Piala Asia di Stadium Lusail, sebenar tadi. - AFP

KUALA LUMPUR – Hatrik Akram Afifi menerusi tiga sepakan penalti mengesahkan kejuaraan Piala Asia buat Qatar apabila menewaskan Jordan 3-1 di Stadium Lusail, sebentar tadi.

Keputusan pengadil perlawanan dari China, Ma Ning memberikan tiga penalti buat Qatar seakan jadi penutup paling mengecewakan buat Jordan selepas cipta sensasi dengan pelbagai kejutan dicipta pada beberapa aksi sebelum ini.

Selepas lima minit aksi bermula, Qatar mula mendapat rentak dengan menyaksikan serangan diatur lebih tertumpu kepada kelincahan Afif di sebelah kiri.

Kedua-dua pasukan nyata berani untuk menyajikan permainan terbuka dan minit ke-16, rembatan deras Yazan Al Naimat hampir meletakkan Jordan di depan namun percubaan itu berjaya ditumbuk keluar oleh penjaga gol lawan, Meshaal Barsham.

Selang empat minit selepas itu, kelincahan Afif mula membuahkan hasil apabila dihadiahkan sepakan penalti sebelum bintang Al-Sadd itu tenang memanfaatkan kesempatan itu untuk meletakkan Qatar di depan.

Walaupun ketinggalan, Jordan masih lagi kekal positif dengan mempamerkan sikap melawan namun dua peluang terbaik dalam masa tambahan babak pertama gagal disudahkan dengan lebih baik oleh Mousa Al-Tamari.

Tempoh 15 minit pertama di separuh masa kedua menyerlahkan kesungguhan Jordan untuk memburu jaringan penyamaan namun Barsham terus menjadi halangan utama apabila tampil dengan aksi menyelamat berkelas tinggi.

Minit ke-67, usaha berterusan Jordan akhirnya membuahkan hasil apabila Al Naimat bijak melepaskan diri sebelum melepaskan rembatan kaki kiri yang cukup deras untuk menewaskan Barsham di pintu gawang Qatar.

Bagaimanapun, minit ke-71, penilaian semula Video Bantuan Pengadil (VAR) menyaksikan Qatar dihadiahkan satu lagi sepakan penalti dan Afif sekali lagi tenang untuk menyempurnakannya.

AKRAM Afif menunjukkan tiga jarinya sebagai simbolik tiga gol yang dihasilkannya. – AFP

Afif akhirnya melengkapkan hatrik apabila menyempurnakan penalti ketiga pada masa kecederaan sekaligus menamatkan sisa perjuangan Jordan.

Selain menyertai Iran, Arab Saudi, Korea Selatan dan Jepun yang berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Asia, kejayaan Qatar bertambah manis apabila Afif dinobatkan sebagai penerima anugerah Kasut Emas dengan mengumpul lapan gol. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.