fbpx

MotoGP: Marquez perlu buang ‘tabiat’ di Honda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ mengakui masih belum mampu menjinakkan jentera Ducati selepas menghabiskan masa 11 tahun menunggang motosikal Honda. - AFP

SEPANG – Juara lapan kali Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Marc Marquez mengakui masih belum dapat menyesuaikan diri sepenuhnya dengan jentera Ducati bagi mengharungi saingan musim baharu 2024.

Dia yang mewakili Gresini Racing musim ini menjelaskan, bukan mudah untuk menjinakkan jentera Desmosedici memandangkan sudah terbiasa mengendalikan jentera Repsol Honda selama 11 tahun.

Marquez juga masih menerapkan gaya tunggangan Honda ketika mengendalikan jentera Gresini, sekali gus menyebabkan dia sukar untuk menyesuaikan diri dengan penggunaan tayar belakang.

“Saya setuju bahawa cara mengendalikan jentera ini berbeza sama sekali dengan Honda kerana ia lebih menggunakan tayar belakang. Disebabkan itu, saya masih tunggang jentera ini sama seperti ketika bersama Honda.

“Ketika di Valencia, saya tidak berdepan banyak masalah tetapi di sini (Sepang) sangat berbeza. Saya perlu buang tabiat selama 11 tahun bersama jentera sama, namun ia tidak mudah,” katanya pada sesi ujian pramusim di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Pelumba Sepanyol itu menjelaskan, dia masih memiliki masa untuk melakukan ujian dan memahami jentera Ducati sebelum saingan musim 2024 membuka tirainya pada Grand Prix (GP)Qatar bulan depan.

“Pada ujian masa, anda berlumba hanya mengikut naluri, jadi saya akan menunggangnya sama seperti Honda dan itu bukan sesuatu yang bagus. Saya akan lebih bersedia dari semasa ke semasa kerana ini adalah proses,” ujar Marquez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI