fbpx

Abdul Hadi ucap Tahun Baharu Cina dalam Mandarin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan Abdul Hadi versi Mandarin hari ini.

PETALING JAYA – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang melalui hantaran terbarunya di Instagram mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina dalam Bahasa Mandarin.

Bukan itu sahaja, beliau turut membuat ucapan dalam tiga lagi bahasa termasuk Bahasa Malayu, Bahasa Inggeris serta Tamil.

Dalam hantaran tersebut, Abdul Hadi berkata, Islam yang menjadi dasar perjuangan Pas telah memberi jaminan keadilan, keamanan dan kesejahteraan hidup untuk semua kaum dan agama di negara ini. Pas berpegang kepada konsep tiada paksaan dalam beragama walaupun Islam berkuasa sepenuhnya.

“Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu kepada semua kaum Cina di Malaysia.

“Semua kita mahukan negara Malaysia yang sejahtera, di mana masyarakat hidup harmoni, aman dan saksama. Kepelbagaian kaum dan bangsa diraikan sebagai tanda kebesaran Allah dan merupakan fitrah kejadian manusia.

“Pas melalui pemerintahan di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis sudah berjaya membuktikan bahawa kebebasan beragama kepada penganut agama lain tidak dihalang, rumah-rumah ibadat tidak dirobohkan dan kegiatan ekonomi tidak disekat, sehingga orang bukan Islam hidup aman dan sejahtera di bawah pentadbiran PAS dengan diberikan hak kebebasan beragama dan bermasyarakat,” ujar beliau.

Kata beliau lagi, dalam hidup bermasyarakat majmuk, rakyat Malaysia juga hendaklah saling mengenali budaya antara satu sama lain, saling kunjung mengunjungi dan saling hormat menghormati, supaya terus hidup dengan suasana yang penuh harmoni dan gembira.

“Saya sendiri terus belajar tentang budaya dan amalan kaum-kaum lain di Malaysia.

“Justeru itu, harapan saya sempena perayaan Tahun Baharu Cina ini agar perpaduan kaum di Malaysia terus dieratkan dan diperkukuhkan. Bagi mereka yang pulang ke kampung halaman untuk meraikan perayaan ini dengan keluarga, saya doakan semoga perjalanan anda selamat,” tulis Hadi. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI