fbpx

Tak masuk akal Abdul Taib diculik – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Taib (gambar kecil). RAZARUDIN (kiri) pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Op Selamat Tahun Baharu Cina di Subang hari ini. - SADDAM YUSOF/ KOSMO!

PETALING JAYA – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan telah menerima beberapa laporan mengenai bekas Yang di-Pertua Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud serta menegaskan fakta beliau dilarikan perlu diperbetulkan.

“Ia mungkin salah fakta berita-berita yang didengari melalui gambar dari aplikasi Whatsapp, yang bukan datang daripada Ketua Polis Sarawak, Jabatan Siasatan Jenayah ataupun IGP. Semua laporan daripada anak, saudara serta peguam kita siasat, kononnya Taib Mahmud dilarikan.

“Kita buka kertas siasatan. Namun, untuk mengatakan beliau diculik adalah tidak masuk akal sebab keluarga boleh melihat beliau di rumah bahkan ada doktor dan juga jururawat.

“Jadi, fakta yang sebelum ini perlu diperbetulkan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Op Selamat Tahun Baharu Cina 21 di Persada PLUS Subang, di sini hari ini.

Semalam, anak bongsu Abdul Taib, Datuk Hanifah Hajar Taib memohon orang ramai agar mendoakan kesembuhan bapanya yang sedang sakit.

Sebelum ini, tular satu laporan polis dibuat oleh seorang doktor yang mendakwa Abdul Taib dibawa keluar dari sebuah hospital swasta di Kuching pada Sabtu lalu oleh ahli keluarganya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI