fbpx

Siasatan kematian suspek tangkapan di Langkawi menjurus kes bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fisol pada sidang akhbar di IPK Kedah, Alor Setar hari ini. - Foto SHAHIR NOORDIN/KOSMO!

ALOR SETAR – Polis Kedah memberi jaminan akan melakukan siasatan secara telus terhadap kes kematian seorang suspek yang ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Langkawi pada 1 Februari lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, siasatan berhubung perkara kes tersebut yang kini diambil alih Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah akan diumumkan dalam masa terdekat.

Katanya, pihak polis juga tidak akan berselindung di sebalik siasatan kes berkenaan yang kini menjurus kepada Seksyen 302 dan 304 Kanun Keseksaan.

“Pada hari pertama kematian kita klasifikasi (kes) sebagai SDR (kematian mengejut), namun setelah kita dapat maklumat bedah siasat dan saya dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah (Langkawi) ia berpunca daripada ‘blunt force trauma to the head’.

“Jadi, pada hari yang sama saya minta kes ini dibuka bukan lagi di bawah SDR selain mengarahkan IPK Kedah mengambil alih kes supaya tidak berlaku bias,” katanya pada sidang akhbar di IPK di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya juga memerlukan laporan lengkap daripada hospital

Menjelaskan lanjut kata beliau, setakat ini pihaknya sudah mengambil keterangan daripada enam pegawai dan anggota terlibat termasuk tujuh orang awam yang merupakan saksi kejadian.

Kosmo! terdahulu melaporkan keluarga kepada seorang lelaki berusia 31 tahun yang maut selepas didakwa cedera ketika ditahan sepasukan anggota polis di sebuah stesen minyak di Ayer Hangat, Langkawi pada 29 Januari lalu mahu keadilan atas kematian mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI