fbpx

[VIDEO] Samseng jalanan diburu langgar tiga kereta termasuk JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian yang berlaku di Telok Panglima Garang, Kuala Langat.

KUALA LANGAT – Seorang samseng jalanan diburu selepas bukan sahaja mengingkari arahan penguat kuasa, malah melanggar tiga buah kenderaan dalam kejadian di Jalan Klang-Banting di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari itu kemudian tular dalam media sosial menerusi video berdurasi 18 saat.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, siasatan mendapati anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang melakukan rondaan terserempak dengan kereta Proton Wira dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, kenderaan JPJ tersebut menyalakan lampu dan mengarahkan Proton Wira terbabit supaya berhenti, namun suspek melarikan diri.

“Anggota penguat kuasa bertindak mengejar kereta itu dengan suspek memberhentikan keretanya disebabkan kesesakan lalu lintas.

“Suspek kemudian mengundurkan keretanya sehingga mengakibatkan pelanggaran dengan sebuah kenderaan JPJ dan dua kereta awam,” katanya hari ini.

Beliau menambah, suspek kemudian cuba melarikan diri sebelum berhenti di hadapan sebuah sekolah di Telok Panglima Garang dipercayai selepas kenderaan tersebut rosak.

Ujarnya, penguat kuasa JPJ itu berhenti sebelum membuka pintu dan mengambil kunci kenderaan itu.

“Namun suspek berjaya meloloskan diri melalui pintu sebelah kiri penumpang hadapan dan menghala ke arah kawasan perumahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222 ” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI