fbpx

Tiada laporan penduduk diugut PATI lolos depot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota RELA melakukan rondaan mengesan 130 tahanan yang lolos dari Depoh Imigresen Sementara Bidor di Kg. Sg. Kenoh, Tapah hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

TAPAH – Tiada laporan polis diterima setakat ini berkaitan ugutan ke atas orang awam oleh tahanan yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd. Naim Asnawi berkata, maklumat yang diterima kebanyakannya membabitkan rasa bimbang selepas ternampak pendatang asing tanpa izin (PATI) itu memasuki ke penempatan mereka.

“Penduduk yang ternampak tahanan lolos ini memasuki penempatan atau kawasan kampung akan memaklumkan kepada polis untuk tindakan segera,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan Op Kesan di Kampung Sungai Kenoh, di sini hari ini.

Menurut beliau, sejak operasi mengesan kesemua tahanan diaktifkan pada pukul 11.30 malam Khamis lalu, 10 ekor anjing daripada Unit Anjing Pengesan (K9) polis digunakan dalam operasi tersebut.

Malah katanya, dua unit dron turut digunakan untuk membuat pemantauan dari udara sekali gus mengesan kedudukan kesemua tahanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI