fbpx

Wanita kemurungan nyaris terjatuh jambatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar anggota polis menyelematkan seorang wanita yang berdiri di tepi Jambatan Sultan Abu Bakar di Pekan semalam.

PEKAN – Kerana kemurungan selepas terlibat dalam kes komersial, seorang wanita nekad cuba terjun dari Jambatan Sultan Abu Bakar di sini semalam.

Bagaimanapun tindakan pantas polis berjaya menyelamatkan mangsa berusia 25 tahun itu daripada terjatuh jambatan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, dalam kejadian pada pukul 2.50 petang itu, mangsa dilihat berdiri atas birai jambatan berkenaan.

“Pihak polis berjaya memujuk dan menarik wanita itu ke tepi seterusnya membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Buat masa ini wanita itu masih dirawat di Wad Kecemasan Hospital Pekan dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya di sini hari ini.

Siasatan mendapati wanita itu berada di dalam keadaan kemurungan kerana terlibat dalam satu kes komersial melibatkan jumlah hampir RM700,000 di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI