fbpx

Wanita kahwin suami orang bercerai selepas sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tieu My mengabaikan amaran ibu bapanya yang melarangnya berkahwin. - Getty Images/ iStockphoto

BEIJING – Seorang wanita tular di media sosial China kerana perkahwinannya dengan seorang lelaki yang sudah beristeri hanya mampu bertahan selama satu hari, lapor portal berita Detik. 

Menurut laman berita Eva.vn, wanita bernama Tieu My itu dilahirkan pada tahun 2000. Dia dilaporkan pergi ke wilayah Shandong untuk mencari kerja.

Selepas mendapat gaji, wang Tieu My dilaporkan hilang. Dia kemudian dibantu oleh seorang lelaki.

Setelah sekian lama mengenali antara satu sama lain, kedua-dua mereka jatuh cinta dan memutuskan untuk berkahwin.

Ibu bapa Tiew My bagaimanapun melarangnya berkahwin dengan lelaki itu kerana bakal suaminya sudah mempunyai seorang isteri.

Dibutakan oleh cinta, Tieu My mengabaikan larangan ibu bapanya dan mereka kemudian berkahwin.

Bagaimanapun, perkahwinan tersebut hanya bertahan selama satu hari selepas isteri lelaki itu dilaporkan mengandung. Mereka dikatakan bertengkar dan akhirnya bercerai. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI