fbpx

Majlis graduasi pelajar biarlah sederhana – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KAJANG – Kementerian Pendidikan (KPM) menggesa supaya majlis graduasi sekolah diadakan secara sederhana, namun meriah bagi meraikan semua pelajar.

Bagaimanapun kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, sebelum majlis tersebut diadakan ia perlu melalui perbincangan dengan ibu bapa serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah masing-masing.

Sekiranya perbincangan tersebut mempunyai bantahan katanya, pihak sekolah perlu mengambil kira padangan terbabit.

“Kita galakkan majlis yang sederhana tapi meriah dan penuh penghargaan kepada anak-anak kita. Yang penting majlis dilaksanakan dengan kesederhanaan untuk meraikan semua (pelajar).

“Jadi perbincangan dengan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) sangat penting, kena diselesaikan di sekolah, kalau ada bantahan kena diambil pandangan,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina dan Penyerahan Cek BAP Peringkat Selangor di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Yu Hua di sini hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial tentang rungutan seorang ibu tentang keputusan sekolah mengadakan majlis graduasi di hotel lima bintang.

Menurut wanita yang juga pelakon, Andrea Abdullah, pelajar dan ibu bapa masing-masing perlu membayar RM200 dan RM150 untuk menghadiri majlis tersebut.

Namun katanya, majlis itu tidak perlu diadakan begitu mewah dan ia menjadi beban kewangan yang tidak wajar.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI