fbpx

Bas ekspres dari Singapura terbakar di Serdang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bas ekpres dari Singapura menuju ke ibu negara terbakar tengah hari tadi. IHSAN BOMBA SELANGOR

SERDANG – Seramai 23 penumpang termasuk pemandu bas ekspres berdepan detik cemas apabila terlibat dalam kebakaran berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Plaza Tol Sungai Besi, Lebuh Raya Utara-Selatan, di sini hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit kira-kira pukul 1.48 tengah hari tadi.

Menurutnya, majoriti penumpang bas ekspres itu merupakan warga Singapura sedang dalam perjalanan dari Singapura menuju ke Kuala Lumpur.

“Hasil laporan awal Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Muhammad A. Kadir, kebakaran turut melibatkan bumbung R&R sebelah Serdang.

“Bagaimanapun, pemandu bas bersama 22 lagi penumpang berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya.

Tambah Ahmad Mukhlis, bas ekspres tersebut terbakar sehingga 90 peratus dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI