fbpx

Peniaga Kemboja diberkas, perkosa anak saudara dalam kedai pakaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan atas kesalahan merogol. - Foto oleh SYAFEEQ AHMAD / KOSMO!

JASIN – Seorang peniaga warga Kemboja diberkas polis selepas disyaki merogol anak saudara perempuannya berusia 13 tahun di sebuah kedai pakaian milik keluarganya di Merlimau, di sini semalam.

Suspek yang berusia 27 tahun itu dicekup kira-kira pukul 12 tengah malam tadi oleh pasukan Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) dan Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di rumahnya di Bukit Katil.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 3.30 petang semalam apabila suspek dikatakan telah memanggil mangsa untuk ke bahagian belakang kedai.

Ujarnya, suspek telahpun berkahwin dan kejadian berlaku ketika isteri serta ibunya keluar menghantar pakaian kepada peniaga pasar malam di kawasan berhampiran.

“Suspek didakwa telah meraba mangsa sebelum merogolnya dan memberi amaran supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa.

“Mangsa yang tidak tahu untuk berbuat apa telah menangis dan menghubungi ibu saudaranya yang lain bagi menceritakan perbuatan suspek,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, mangsa merupakan anak kedua daripada empat beradik dan tinggal bersama keluarganya di Paya Dalam, namun kerap ke premis tersebut untuk berehat selepas pulang dari sekolah.

Ahmad Jamil berkata, siasatan di premis berkenaan mendapati kejadian berlaku di bilik belakang kedai dan lokasi tersebut tidak mempunyai rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

“Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 7 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol.

“Sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan maksimum,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI