fbpx

Mansuh pencen ahli politik akan dibawa ke Kabinet – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada Program Penggerak Madani Negeri Sembilan di Kem Wawasan Negara, Ulu Sepri, di sini hari ini.

REMBAU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan cadangan pemansuhan pencen dalam kalangan ahli politik akan dibentangkan di Parlimen.

Menurutnya, beliau akan membentangkan mengenai cadangan itu selepas mendapat persetujuan Kabinet.

“Memang untuk orang politik berbeza tetapi saya fikir munasabah kalau kita kaji sekali, jika penjawat awam ditiadakan, orang politik juga. Namun ia tertakluk kepada keputusan Parlimen.

“Jika Kabinet bersetuju, saya akan bentangkan (Dewan Rakyat) dan kalau ada ahli Parlimen yang tolak, dia tolaklah. Saya akan bentangkan atas tanggungjawab moral,” katanya pada Program Penggerak Madani Negeri Sembilan di sini hari ini.

Anwar memberitahu, cadangan mengenai pemansuhan pencen perlu dijelaskan kepada penjawat awam bagi memastikan mereka tidak merasa rugi sekiranya sistem saraan dilaksanakan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI