fbpx

Banjir Terengganu: 1,378 mangsa masih terjejas di Dungun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah rumah yang ditenggelami banjir di Hulu Dungun semalam.

KUALA TERENGGANU – Banjir gelombang keempat yang melanda Dungun sejak Selasa lalu tidak banyak berubah hari ini dengan masih menjejaskan 14 penempatan.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, ia melibatkan 1,378 mangsa daripada 400 keluarga.

Beliau berkata, mereka kini masih ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Dungun.

“PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Masjid Jamek Kampung Jongok Batu masing-masing mempunyai 258 mangsa.

“Seramai 226 mangsa pula berada di PPS Dewan Serbaguna Kampung Shukor, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Jengai (170), Balai Raya Rantau Panjang (107) dan Dewan Serbaguna Kampung Paya Kemudi (71),” katanya di sini hari ini.

Sekretariat JPBN Terengganu berkata, Dewan Masjid Serdang mempunyai 69 mangsa, Masjid Kampung Padang Ping (46) dan Dewan Orang Ramai Kampung Minda (44).

Tambah beliau. seramai 40 mangsa berada di Dewan Orang Ramai Tepus, SMK Padang Pulut (34) dan Balai Raya Kampung Dendang (32).

“PPS Balai Raya Kampung Pinang Baru menempatkan 14 mangsa manakala Dewan Serbaguna Bukit Merah (sembilan),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI