fbpx

7 laluan KL ditutup sempena keberangkatan balik Agong Selasa ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak tujuh laluan di sekitar ibu negara akan ditutup secara penuh sempena Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agon, pada Selasa ini. - FOTO ISTANA NEGARA

KUALA LUMPUR – Sebanyak tujuh laluan di sekitar ibu negara akan ditutup secara penuh sempena Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada Selasa ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata, selain itu, sebanyak 13 laluan lain akan ditutup secara sementara.

Menurutnya, kesemua laluan akan mula ditutup pada pukul 9 pagi dan dibuka secara berperingkat.

“Bagi jalan yang terbabit penutupan penuh adalah Jalan Damansara ke arah Jalan Parlimen (dari arah Istana Lama) dan Jalan Sultan Abdul Halim ke arah Jalan Parlimen.

“Lebuh Raya Sultan Iskandar ke arah Jalan Parlimen, Jalan Kuching, Jalan Salahudin, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tun Perak ke arah Bulatan Dato’ Onn,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi laluan yang terbabit penutupan sementara adalah Lebuh Raya Sultan Iskandar ke arah Jalan Damansara, Jalan Travers ke arah Jalan Damansara (dari arah Muzium Negara), Jalan Sultan Hishamuddin ke arah Jalan Damansara (dari arah Bulatan Hishamuddin), Jalan Tun Sambathan ke arah Jalan Damansara.

“Jalan Syed Putra ke arah Jalan Istana, Jalan Dewan Bahasa ke arah Jalan Istana, Jalan Sungai Besi ke arah KL-Seremban Expressway, Lingkaran Tengah/ Jalan Connaught dari arah Lebub Raya Syed Putra.

“New Pantai Expressway (NPE) dari arah Pantai Dalam, Maju Expressway dari arah Tol Salak South, Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) dari arah Sungai Besi, KESAS dari arah Kuala Lumpur/Seremban Expressway dan SUKOM Interchange ke arah KESAS,” ujarnya.

Susulan itu, katanya, seramai 91 pegawai kanan dan pegawai rendah polis akan ditempatkan di lokasi bagi mengawal lalu lintas agar istiadat dapat berlangsung dengan jayanya.

Mohd. Azman turut menasihatkan pengguna jalan raya untuk tidak melalui laluan yang terbabit dengan penutupan penuh bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Untuk rekod, Al-Sultan Abdullah yang melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019 akan menamatkan tempoh pemerintahan selama lima tahun pada 30 Januari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI