fbpx

Penduduk rakam hantu ‘tenung’ lokasi kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Susuk lembaga hitam itu berdiri di belakang tiang telefon berhampiran lokasi kemalangan. - Jam Press

BANDAR RAYA MEXICO – Susuk lembaga menyeramkan dirakam memerhatikan anggota polis yang menyiasat sebuah lokasi kemalangan jalan raya di Mexico, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Menurut pihak berkuasa, sebuah kereta merempuh sebatang tiang utiliti di Bandar Raya Mexico pada pagi Rabu lalu. 

Pasukan paramedik dikerah ke lokasi kejadian dan menemui dua mangsa dalam nahas terbabit. 

Seorang lelaki berusia 24 tahun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di kepala, manakala seorang lagi mangsa berusia 23 tahun dibawa ke hospital selepas cedera parah, juga di kepala.

Penduduk tempatan bagaimanapun mendakwa mereka melihat susuk menyerupai hantu pada gambar yang dirakam di lokasi kejadian.

Lembaga kelihatan seperti berjubah hitam itu berdiri berhampiran lokasi kemalangan dan ‘mengintai’ di sebalik sebatang tiang telefon. 

Ia didakwa menyerupai watak hantu dalam filem yang memakai jubah hitam dengan mulut ternganga. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI