fbpx
Keadaan mayat Ahmad Adham Abdullah yang maut kemalangan di KM 426.5, LPT 2 berhampiran Kuala Terengganu semalam.

Pelajar ILP Marang maut kemalangan di LPT 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Perjalanan pulang dua remaja lelaki selepas bercuti di Cameron Highlands berakhir tragedi selepas salah seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 426.5, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) di sini malam tadi.

Dalam kemalangan pada pukul 8.25 malam itu, mangsa, Ahmad Adham Abdullah Mohd Yusri, 19, yang merupakan pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Marang meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Rakannya, Muhammad Irfan Ibrahim, 19, yang merupakan pelajar Kolej Komuniti Kuala Terengganu pula cedera pada bahagian tangan dan kaki.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, sewaktu kejadian, kedua-dua remaja lelaki tersebut yang menunggang motosikal berasingan dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Chendering di sini selepas bercuti Cameron Highlands.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, Ahmad Adham Abdullah yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas sebelum terjatuh di atas lebuh raya.

“Rakannya, Muhammad Irfan yang juga menunggang motosikal Honda EX5 di belakang gagal mengelak lalu merempuh mangsa,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Azli berkata, tubuh Ahmad Adham Abdullah kemudiannya dikatakan digilis pula sebuah kereta Perodua Bezza dinaiki dua pegawai bank yang dalam perjalanan ke Besut dari Genting Highland, Pahang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN