fbpx

Kanak-kanak 5 tahun lemas selepas terjatuh parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan pencarian bagi mengesan seorang kanak-kanak lelaki yang terjatuh ke dalam parit di Lorong Cempaka, Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru, malam semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun ditemukan lemas selepas dia dipercayai terjatuh parit di Lorong Cempaka, Kampung Sungai Tiram, dekat sini semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan II, Rafie Ahmad Sareng berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut pada pukul 7.07 malam.

Sehubungan itu katanya, 14 anggota beserta dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati seorang kanak-kanak telah terjatuh dalam parit dan dihanyutkan arus deras. Usaha pencarian dilakukan sambil dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).

“Kanak-kanak berkenaan dikatakan bermain di atas jalan berhampiran tepi parit yang terletak di kawasan rumah sebelum terjatuh ke dalam parit.

“Mangsa kemudiannya ditemukan tersangkut di pangkal sebatang pokok sawit pada pukul 10.30 malam. Jarak mangsa ditemukan adalah kira-kira dua kilometer daripada lokasi mangsa terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Rafie Ahmad, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI