fbpx

Cadang wujud pencen penakat, ilat kepada pekerja ekonomi gig

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi. Foto M. FIRDAUS M. JOHARI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bakal mengadakan perbincangan bersama Kementerian Sumber Manusia supaya mewujudkan pencen ilat dan penakat kepada pekerja dalam ekonomi gig.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata, ia berikutan rata-rata mereka berkerja hampir sepenuh masa dalam bidang berkenaan untuk jangka masa panjang.

Selain itu katanya, perbincangan juga akan dilanjutkan kepada Kementerian Digital, berikutan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) kini berada di bawah pengurusan kementerian berkenaan.

“Mungkin boleh disediakan kepada mereka pencen ilat dan pencen penakat kerana saya lihat rata-rata mereka dah macam bekerja sepenuh masa, ada yang dah lima ke enam tahun.

“Itu bukan ‘part time’ tapi dah ‘all the time’. Jadi saya rasa keselamatan sosial mereka juga harus ‘all the time’ dan ada keperluan untuk kita teliti perkara ini.

“Sebelum ini sewaktu MDEC dengan KKD, saya fokus kepada tiga sektor iaitu ‘stringer’ dalam sektor kewartawanan atau media, rider dalam ekonomi gig dan pelakon serta kru dalam perfileman.

“Rata-rata kumpulan ini pekerjaan mereka bersifat ‘part time all the time’ dan saya pohon supaya ada pakej khas dalam Perkeso seperti pencen ilat dan penakat kepada mereka,” katanya katanya selepas Majlis Pelancaran Pakej P-Hailing Rahmah, di sini, hari ini.

Selain itu, beliau turut mengulas tentang kempen boikot yang dipercayai dilakukan oleh penunggang p-hailing, baru-baru ini kerana tidak berpuas hati dengan kadar upah baharu yang ditetapkan oleh sebuah syarikat.

Katanya, syarikat-syarikat p-hailing tidak dilesenkan oleh kerajaan ketika ini, namun kementerian bertindak mengumpulkan beberapa pihak untuk berbincang tentang perkara berkenaan.

“Jalan tengah yang kita telah pilih adalah untuk cari penyelesaian. Kita ambil pendirian untuk adakan perbincangan tapi keputusan adalah kepada pihak penyelia perkhidmatan.

“Jika ada syarikat lain yang boleh menyediakan kadar upah lebih tinggi maka itu peluang kepada para rider untuk buat pilihan untuk pergi kepada syarikat tersebut.

“Kerajaan buat masa belum buat sebarang keputusan atau pendirian untuk mencampuri secara langsung dalam perkara ini kecuali ketika syarikat-syarikat p-hailing ini dilesenkan (oleh kerajaan),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI