fbpx

Melaka hab pilihan sektor elektrik, elektronik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. RAUF (empat dari kanan) menerima cenderamata disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Audemars Microtec (Malaysia) Sdn. Bhd., Mirko Audemars (tiga dari kanan) pada pelancaran bangunan syarikat itu di Perindustrian Angkasa Nuri, Melaka. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI / KOSMO!

ALOR GAJAH – Melaka mencatatkan nilai pelaburan keseluruhan berjumlah RM4.77 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun lalu.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, beliau optimis Melaka mampu mencapai sasaran pelaburan sebanyak RM5 bilion setiap tahun.

Kata beliau, pencapaian itu dipacu usaha berterusan kerajaan negeri yang giat mempromosikan Melaka sebagai negeri mesra pelabur.

“Saya yakin dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang bekerja kuat untuk membawa masuk pelaburan ke Melaka.

“Daripada nilai pelaburan yang dibawa saya jangkakan Kita akan melepasi jumlah pelaburan RM10 bilion pada pengujung tahun ini,” katanya pada sidang akhbar Majlis Perasmian Bangunan Baharu Audemars Microtec (Malaysia) Sdn. Bhd. di sini, hari ini.

Terdahulu, Ab. Rauf merasmikan bangunan baharu milik syarikat yang berpangkalan di Switzerland itu dengan nilai pelaburan sebanyak RM50 juta.

Mengulas lanjut, Ab. Rauf berkata, sektor perindustrian dan pembuatan merupakan tulang belakang pembangunan ekonomi di Melaka dengan menyumbang sebanyak 37.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada 2022.

Menurutnya, setakat ini terdapat 60 kilang industri semikonduktor yang beroperasi di negeri ini.

“Keyakinan syarikat-syarikat ini menjalankan perniagaan di negeri ini telah mengukuhkan lagi imej Melaka sebagai antara hab pilihan untuk pelabur sektor elektrik dan elektronik (E&E) di rantau ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI