fbpx

Kalau betul saya campur tangan, kemukakan bukti – Isteri Fizi Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI Zulaikha minta Shakilla Khoriri kemukan bukti jika benar dia campur tangan urusan pelakon itu dan Fizi Ali.

SHAH ALAM – Isteri kepada penyampai radio Fizi Ali iaitu Siti Zulaikha mendedahkan dia tidak pernah masuk campur berhubung kemelut antara suaminya dan bekas isteri, Shakilla Khoriri.

Menurut Zulaikha, 31, dia enggan mencampuri urusan Fizi dan Shakilla kerana menyifatkan itu adalah hal peribadi mereka.

Kata Zulaikha, dia meminta aktres berkenaan tampil dengan bukti sekiranya mendakwa dirinya adalah orang ketiga yang mencampuri urusan hak penjagaan anak mereka iaitu Ameena Sofea.

“Rasanya tak ada isu tentang campur tangan orang ketiga sebab saya tidak pernah masuk campur urusan Fizi dan Shakilla.

“Kalau dia cakap saya sebagai orang ketiga yang masuk campur dalam masalah mereka, boleh minta Fizi bukti jika ada. Bagi saya itu hal mereka.

“Kalau ada bukti sila keluarkan. Itu sahaja. Kalau itu yang dia (Shakilla) katakan keluarkan saja bukti tersebut,” katanya kepada Kosmo! Online.

Zulaikha ditemui pada perbincangan sulh berhubung tuntutan hak penjagaan Ameena yang diadakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor hari ini.

Bagaimanapun, Zulaikha menegaskan dia hanya membalas sekali sahaja mesej yang dihantar Shakilla kepada Fizi disebabkan pelakon tersebut mula mengaitkan namanya dalam hal mereka.

Kata Zulaikha, pihaknya dan Fizi turut mempunyai bukti untuk dikemukakan bagi menafikan dakwaan campur tangan seperti yang didakwa Shakilla.

“Rasanya pernah sekali saya membalas mesej Shakilla itu pun disebabkan dia yang mula petik nama saya.

“Kalau Shakilla kata dia ada bukti, pihak kami pun ada bukti juga. Ada sebab kenapa saya balas mesej dia (Shakilla).

“Tetapi itu sekali saja saya balas mesej Shakilla disebabkan dia mula libatkan diri saya. Kalau dia tak sebut nama saya, saya tidak akan balas mesej tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, Zulaikha turut memberitahu emosi Fizi agak terganggu disebabkan tidak dapat bertemu dengan anaknya itu.

“Kalau berkait dengan Ameena memang saya nampaklah emosi Fizi sangat terganggu tetapi Alhamdulillah saya sentiasa berada di sisinya.

“Macam semua orang tahu Fizi pun rapat dengan Ameena dan ini adalah tempoh paling lama dia tidak dapat berjumpa dengan anaknya,” katanya.

Sebelum ini, Shakilla memberitahu dia menyekat nombor telefon Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 37, kerana tidak mahu berkomunikasi dengan isteri penyampai radio itu, Zulaikha yang dikatakan campur tangan terhadap penjagaan anak mereka iaitu Ameena.

Kata Shakilla, dia menyekat nombor telefon Fizi kerana tidak berminat untuk berkomunikasi dengan orang ketiga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI