fbpx

JPJ Kelantan kutip saman RM9 juta sepanjang 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Misuari (kanan) memeriksa lesen pemandu sebuah kereta menerusi aplikasi MyJPJ pada Ops Pengarah JPJ di Jalan Kuala Krai, Kota Bharu malam tadi. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengutip saman trafik melibatkan pelbagai kesalahan jalan raya yang dianggarkan bernilai RM9 juta menerusi pelaksanaan penguatkuasaan sepanjang tahun lalu.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd. Misuari Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak lebih RM8 juta merupakan bayaran saman kompaun dan denda mahkamah mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya, denda mahkamah bagi kes Akta Pengangkutan Darat (APAD) 2010 pula dianggarkan berjumlah RM688,000.

“Selain itu, sebanyak 78,271 notis saman pelbagai kesalahan dikeluarkan kepada pemandu kenderaan sepanjang tahun lalu.

“Kesalahan tertinggi yang dicatatkan adalah tiada lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans sebanyak 29,279 kes, tiada lesen memandu (22,803), kesalahan teknikal (13,621) dan lain-lain kesalahan (12,568),” katanya pada sidang akhbar selepas Ops Pengarah JPJ di Jalan Kuala Krai, di sini semalam.

Mohd. Misuari memberitahu, pihaknya turut menyita sebanyak 1,067 buah kenderaan sepanjang tempoh tersebut dan merupakan jumlah tertinggi direkodkan berbanding pada tahun sebelumnya.

Menurutnya, sebanyak 1,508 notis saman dikeluarkan kepada pemandu warga asing selain 432 buah kenderaan pelbagai jenis turut disita pada Ops Pemandu Warga Asing (Pewa) sepanjang tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI