fbpx

Harimau bintang ‘check-in’ hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harimau bintang itu cuba menerkam perakam yang berada di luar bilik. - Free Press Journal

NEW DELHI, India – Seekor harimau bintang mencetuskan ketakutan orang ramai apabila memasuki sebuah bilik hotel di bandar Jaipur, lapor laman berita Ary News semalam.

Ia ditemui di lokasi kejadian sekitar pukul 9.30 pagi (waktu tempatan) kelmarin. 

Berdasarkan sebuah klip video yang tular di media sosial, haiwan itu dilihat berlegar-legar di dalam bilik yang didiami seorang kakitangan.

Daripada rakaman yang diambil dari luar bilik pula, harimau bintang itu dilihat cuba menerkam perakam.

Kakitangan tersebut kemudian mengunci bilik sebelum menghubungi Jabatan Perhutanan.

Pegawai Jabatan Perhutanan akhirnya berjaya menangkap harimau bintang berkenaan sejurus tiba di hotel tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI