fbpx

Restoran tomyam diserbu, 11 warga asing ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA penguat kuasa MBS dan anggota JIM Negeri Sembilan ketika mengadakan pemeriksaan di sebuah restoran tomyam di Nilai, Seremban, semalam.

SEREMBAN – Seramai 11 warga asing ditahan selepas didapati melanggar syarat pas ditetapkan semasa pemeriksaan Operasi Bersepadu Warga Asing yang dilaksanakan di beberapa buah restoran tomyam di Nilai di sini petang semalam.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Masri Razali berkata, sebanyak lima buah premis restoran tomyam di Taman Desa Jasmin dan Taman Desa Casuarina, Nilai di sini telah diperiksa Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan.

Menurut beliau, pihak JIM memaklumkan kesemua yang ditahan itu merupakan warga Thailand berusia lingkungan 17 hingga 48 tahun.

“Seramai 11 warga asing ditahan menerusi dua restoran tomyam yang diperiksa kerana melanggar syarat pas ditetapkan. Kesemuanya membabitkan lima orang lelaki, lima wanita beserta seorang kanak-kanak perempuan.

“Berikutan itu, mereka disiasat dibawah Persaturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya hari ini.

Sementara itu Masri berkata, dalam operasi tersebut juga, pihaknya telah mengeluarkan notis sitaan ke atas salah sebuah restoran tomyam kerana tidak mempunyai lesen perniagaan dan menjalankan perniagaan secara haram.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI