fbpx

Tarif air Johor naik 25 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Ranhill SAJ Sdn. Bhd. akan melaksanakan pelarasan tarif air baharu bermula 1 Febuari ini melibatkan peningkatan hanya 25 sen kepada RM1.05 satu meter padu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhamad Faizal Aliar berkata, keputusan yang telah diwartakan ini melibatkan penyeragaman struktur tarif dan pelarasan kadar tarif untuk kategori domestik seperti unit kediaman untuk diseragamkan dalam penentuan bayaran.

Beliau berkata, pelarasan tarif air baharu bagi kategori domestik itu telah diwartakan oleh Kerajaan Persekutuan dan ia akan dikuatkuasakan oleh Ranhill SAJ di negeri ini.

“Pelarasan tarif baharu air di Johor membabitkan dari 80 sen kepada RM1.05 untuk satu meter padu bagi penggunaan dari 0 meter padu sehingga 20 meter padu.

“Bagi penggunaan 20 meter padu sehingga 35 meter padu pula meningkat daripada RM2 sebelum ini kepada RM2.35 untuk satu meter padu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhamad Faizal berkata, penggunaan air melebihi 35 meter padu pula naik daripada RM3 kepada RM3.15 untuk satu meter padu manakala kadar minimum bagi kategori domestik (meter individu) meningkat dari RM7 kepada RM10.50.

Tambahnya, bagi kategori domestik meter pukal pula, kadar rata berubah dari RM1.60 kepada RM2.55 manakala kadar minimum bagi kategori domestik (meter pukal) turut berubah daripada RM16 kepada RM25.50.

“Implimentasi pelarasan tarif air baharu itu dilakukan secara inklusif dan melalui penelitian terperinci supaya tidak memberi bebanan kepada pengguna domestik.

“Era baharu perbekalan air memerlukan suntikan tarif air yang realistik dalam mendepani cabaran membekalkan air bersih supaya lebih berdaya maju,” jelasnya.

Katanya, pelarasan tarif air yang baharu ini memberi kesan positif kepada Ranhill SAJ untuk meneruskan inisiatif program penggantian paip lama selain penaiktarafan sistem bekalan air di Johor.

“Kami juga akan memperluaskan pemberian rebat air sebanyak 25 meter padu kepada penerima bantuan e-kasih dan meningkatkan mutu perkhidmatan serta menampung kenaikan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI