fbpx

Piala Asia: Qatar layak ke pusingan 16

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKRAM Afif terus menyerlahkan bisa dimilikinya apabila sekali lagi menjadi wira Qatar ketika tewaskan Tajikistan 1-0 di Stadium Al Bayt, sebentar tadi. - AFP

KUALA LUMPUR – Tuan rumah, Qatar mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik apabila memastikan kemenangan tipis 1-0 ke atas Tajikistan di Stadium Al Bayt, sebentar tadi.

Seperti aksi pertama, Akram Afif terus menjadi wira buat The Maroons selepas bijak menyempurnakan lorongan dilakukan seorang lagi nadi pasukan, Almoez Ali.

Walaupun babak pertama berlangsung seimbang, tuan rumah jelas bernasib baik apabila jaringan Akram jadi pemisah buat kedua-dua pasukan untuk beri kelegaan buat pengendali Qatar, Tintin Marquez ketika menuju ke bilik persalinan.

Di awal separuh masa kedua, kesilapan pemain Qatar yang melakukan tolakan ke belakang hampir mengundang padah apabila Alisher Dzhalilov berjaya melakukan pintasan namun penyerang Tajikistan itu gagal melakukan kawalan lebih baik hingga menyukarkannya melakukan penyudah.

Memasuki pertengahan babak kedua, aksi making tegang apabila tercetusnya pertengkaran antara pemain kedua-dua pasukan hingga menyaksikan tonggak Tajikistan, Amadoni Kamolov dilayangkan kad merah kerana tindakan kasar dilakukannya ketika dia dikasari pemain lawan.

Qatar yang hadir selaku juara bertahan kini muncul pasukan pertama mara ke pusingan kalah mati malah Akram juga kini sedang mendahului carta penjaring terbanyak dengan tiga gol. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI