fbpx

Agong rasmi monumen ikonik Temerloh Titik Tengah Semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah berkenaan merasmikan monumen ikonik Temerloh Titik Tengah Semenanjung di Lanchang, Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Monumen ikonik Temerloh Titik Tengah Semenanjung (TTTS) di Lanchang di sini yang merupakan salah satu destinasi istimewa pelancongan dirasmikan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri`ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Keberangkatan Seri Paduka merasmikan TTTS sekali gus mengangkat destinasi istimewa itu sebagai produk pelancongan Pahang yang wajib dikunjungi pelancong tempatan dan asing.

Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Zulkifli Yaakob berkata, projek TTTS atau lokasi sifar darjah di Kampung Paya Siput dibangunkan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kos RM11.788 juta.

“Peruntukan itu membabitkan projek monumen ikonik TTTS, monumen Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), plaza komersial dan lain-lain dibuka pada 15 Julai 2020.

“Pembangunan TTTS mula dilaksanakan oleh ECERDC pada 2018 dan siap pada 2019 sebelum diserahkan kepada Majlis Perbandaran Temerloh pada Disember 2019,” katanya dalam persembahan ucapan sempena perasmian TTTS Lanchang oleh Al-Sultan Abdullah hari ini.

Menurutnya, Temerloh Titik Tengah Semenanjung dikenal pasti sebagai salah satu projek strategik ECER di kawasan seluas 1.62 hektar merangkumi projek Tasik Mini dan Taman Monumen Awam.

Tambah beliau, pelawat boleh melihat pancang yang dibina condong menunjukkan arah kiblat, enam pancang berwarna emas di lilitan luar melambangkan enam Rukun Iman dalam Islam.

“Lima pancang berwarna kelabu gelap di lilitan dalam melambangkan lima Rukun Negara dan tapak monumen ikonik menunjukkan arah kiblat dan jarak ibu negeri bagi negeri negeri di Malaysia dari Titik Tengah Semenanjung,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI