fbpx

Kerajaan negeri pertimbang pasang CCTV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. FARED (dua dari kanan) melihat kesan kebakaran yang berlaku di Surau Ar-Raudah Kampung Parit Bangas di Sri Medan, Batu Pahat hari ini.

BATU PAHAT – Kerajaan negeri akan mempertimbangkan cadangan untuk memasang sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di surau dan juga masjid termasuk yang berada di kawasan luar bandar untuk tujuan keselamatan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pemasangan CCTV merupakan satu langkah yang baik demi keselamatan susulan dua kejadian kebakaran di masjid dan surau pada malam Ahad dan Isnin lalu.

Menurutnya, langkah itu bagaimanapun perlu mendapat persetujuan semua pihak memandangkan ia memerlukan menggunakan peruntukan tertentu.

“Kebanyakan masjid dan surau terutamanya di kawasan luar bandar masih tidak mempunyai kemudahan berkenaan, namun dalam masa yang sama pihaknya menggalakkan orang ramai untuk membuat rondaan secara sukarela terlebih dahulu.

“Cadangan memasang CCTV ini merupakan satu langkah yang baik yang sangat perlu dipertimbangkan kerajaan negeri, peruntukaannya perlu dicari dan sekiranya dipersetujui mestilah disegerakan bagi mengekang perbuatan yang boleh mendatangkan kerosakan,” katanya selepasa mengadakan lawatan ke Masjid Jamek Kampung Parit Simis dan Surau Ar-Raudah Kampung Parit Bangas di Sri Medan, di sini akibat terbakar dua malam berturut-turut pada Ahad (14 Jan) dan Isnin (15 Jan) dipercayai perbuatan khianat oleh individu yang tidak bertanggungjawab. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI