fbpx

PDRM hadiah kenderaan lucut hak untuk pembelajaran sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mazli (kiri) dan Kasman (kanan) memeriksa sebahagian 15 kenderaan lucut hak yang dihadiahkan PDRM kepada JPNT di IPK Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu menghadiahkan 15 kenderaan meliputi empat kereta dan 11 motosikal yang telah dilucut hak oleh mahkamah, baru-baru ini kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), hari ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, semua 15 kenderaan yang telah dilucut hak itu bernilai keseluruhan kira-kira RM100,000.

“Ia merupakan sebahagian 62 kenderaan pelbagai jenis yang telah disita dalam operasi membanteras pengedaran dadah di seluruh negeri ini bernilai keseluruhan hampir RM2.84 juta.

“Sebanyak empat kereta dan 11 motosikal itu diserahkan kepada JPNT bagi pengajaran dan pembelajaran automatif pelajar,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyerahkan kenderaan lucuk hak tersebut kepada Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembelajaran) Terengganu, Kasman Embong.

Mazli berkata, kenderaan yang dilucuthak berkenaan akan diserahkan kepada tujuh sekolah di seluruh negeri ini oleh JPNT.

Jelas beliau, antara sekolah terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut, SMK Sungai Tong, SMK Haji Abdul Rahman Limbong dan SMK Merchang.

“Selain itu, kenderaan lucut hak juga akan diserahkan kepada SMK Sultan Omar, SMK Kuala Jeneris dan SMK Air Putih,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI