fbpx

Mangsa banjir Johor makin kurang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penduduk Kampung Maju Jaya, Jalan Kempas Lama, Johor Bahru membersih kediaman selepas kampung berkenaan dilanda bencana banjir.

JOHOR BAHRU – Mangsa banjir di negeri ini terus menurun apabila setakat pukul 8 pagi hari ini, seramai 1,130 mangsa ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka.

Jumlah itu menunjukkan penurunan mangsa banjir berbanding seramai 1,495 mangsa di 14 PPS di seluruh Johor, pada pukul 6 petang semalam.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, jumlah terkini itu melibatkan sejumlah 321 keluarga di lima daerah negeri ini.

“Mersing merekodkan jumlah mangsa paling ramai ketika ini iaitu 611 mangsa di empat PPS, diikuti Kota Tinggi dengan seramai 255 mangsa di empat PPS.

“Di Kluang pula, seramai 153 mangsa di dua PPS; Segamat seramai 88 mangsa di dua PPS dan Batu Pahat seramai 23 mangsa di sebuah PPS,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Azmi yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor turut memberitahu, banjir yang melanda negeri ini sejak awal bulan ini tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa setakat ini.

“Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi masih mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Dua sungai di negeri ini masih berada pada paras air berbahaya iaitu Sungai Muar di Jeti Kampung Tekam, Segamat dan Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI