fbpx

Tiada majlis pelancaran kempen keselamatan jalan raya bermula tahun ini – Anthony Loke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke bergambar bersama kakitangan MOT pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 di Kementerian Pengangkutan, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan tiada lagi majlis pelancaran kempen keselamatan jalan raya bagi setiap musim perayaan bermula tahun ini.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, keputusan itu dibuat bagi mengurangkan kos penganjuran majlis seperti itu yang menelan kos antara RM100,000 hingga RM200,000 bagi setiap majlis.

Beliau berkata, bagi setiap majlis pelancaran, kos adalah membabitkan perbelanjaan cenderamata, makanan, sistem siar raya (sistem PA) dan pemasangan khemah.

“Langkah penjimatan itu antara hala tuju MOT dalam melaksanakan lebih banyak lagi program berfaedah kepada masyarakat termasuk pemberian topi keledar percuma.

“Majlis pelancaran majlis ini tidak perlu kerana apa yang penting, operasi bersepadu tetap dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan tidak akan dihentikan. Kita cuma hentikan majlis perasmian sahaja.

“Bagaimanapun, kalau syarikat swasta nak buat kempen. Itu boleh dan terpulang kepada mereka. Yang saya hentikan ialah bajet kementerian sebab kita akan guna untuk tujuan lebih baik,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan amanat tahun baru 2024 di sini, hari ini.

Katanya, jika bajet majlis pelancaran itu boleh dijimatkan maka, MOT mungkin boleh salurkan bagi tujuan topi keledar percuma bernilai RM55 setiap satunya kepada rakyat memerlukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI