fbpx

Parlimen kekal bebas daripada kuasa eksekutif – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menerima kunjungan hormat Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) hari ini.

PETALING JAYA – Kerajaan Madani kekal tegas untuk terus memastikan Parlimen bebas daripada kuasa eksekutif menerusi reformasi Parlimen bagi memperkukuh demokrasi berperlembagaan negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Madani pimpinannya juga kekal tegas untuk meningkatkan ketelusan pentadbiran institusi Parlimen.

“Parlimen merupakan institusi yang penting dalam sesebuah negara dan berfungsi sebagai semak dan imbang terhadap kuasa eksekutif kerajaan.

“Kerajaan Madani telah mengorak langkah memulakan agenda reformasi Parlimen dalam sidang 2023 dengan mengadakan Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri, Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara, Perbahasan Laporan Suhakam dan penambahbaikan Kamar Khas,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Anwar memaklumkan beliau menerima kunjungan hormat Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) petang ini.

Menurut beliau, pertemuan itu untuk bertukar pandangan dan membincangkan agenda terkait cadangan dasar untuk menggubal Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI