fbpx

Empat lagi syarikat umrah disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan ketika sidang akhbar di Klang hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

KLANG – Empat syarikat pengendali umrah sedang disiasat berhubung isu penipuan dalam pakej mereka sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian ribuan ringgit.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, keempat-empat syarikat juga disiasat dibawah Seksyen 117 (1) Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Katanya, pendakwaan terhadap sebuah syarikat pengendali umrah yang beroperasi di Putrajaya dan sepatutnya dijalankan hari ini terpaksa ditangguhkan selepas Orang Kena Saman (OKS) dijangkiti Covid-19.

“Kita sedang dan buka kertas siasatan empat lagi syarikat terlibat dalam pengendalian umrah di bawah Seksyen 117 (1) Akta Perlindungan Pengguna 1999.

“Jadi, 4 plus 1 (syarikat) yang dalam radar bawah penguatkuasaan KPDN,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Armizan turut menegaskan terdapat keperluan perbincangan secara komprehensif bersama agensi-agensi lain susulan kes melibatkan syarikat umrah semakin meningkat di negara ini.

Ujarnya, ini termasuk bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang terlibat dalam pemberian lesen, Pejabat Peguam Negara, Polis dan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji di bawah Jabatan Perdana Menteri .

“Ini bagi memperkemaskan lagi kerangka undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP) supaya rakyat kita dapat dilindungi daripada scam tertentu melibatkan umrah dan tadbir urus yang menggugat kepentingan dan hak kepenggunaan,” tegasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI