fbpx

Banjir: PPS dah macam hotel – Mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MISKIAH dan Marwiyah (kanan) bermesra dengan Zainal (kiri) ketika melakukan lawatan ke PPS di SK Melayu Raya, Pontian, Johor.

PONTIAN – Mangsa banjir dari Jalan Kempas, Kampung Seri Gambut, Pekan Nanas yang setiap tahun menghadapi banjir menyifatkan pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya sebagai hotel untuk bercuti.

Ini kerana setiap hujung atau awal tahun apabila musim tengkujuh, kampung mereka tidak terlepas dari menerima kedatangan banjir yang memaksa mereka berpindah ke PPS.

Menurut seorang penduduk Miskiah Kundari, 60, dia mula berpindah ke PPS selepas maghrib malam kelmarin setelah mendapati paras air semakin naik daripada peha hingga hampir ke paras pinggang pada sebelah petang.

Katanya, kereta milik anaknya sebelum itu telah diletakkan di kawasan tinggi setelah hujan turun tidak berhenti dari awal pagi hingga ke siang hari sebagai tanda-tanda banjir akan berlaku.

“Ada sedikit barang-barang yang dapat dibawa ke PPS termasuk dokumen penting dan pakaian bagi digunakan bagi tempoh dua atau tiga hari semasa disini,” katanya ketika ditemui di PPS SK Melayu Raya.

Ibu Tunggal ini memberitahu, dia tinggal bersama seorang anak lelakinya dan reda dengan apa yang terpaksa dilalui pada setiap tahun sejak tinggal di kawasan tersebut pada tahun 1986.

“PPS ini dah macam ‘hotel’ setiap kami empat keluarga akan datang, sama ada sekali atau dua kali dalam setahun bergantung kepada banjir yang berlaku,”ujarnya.

Sementara itu, Marwiyah Jamin, 67, dan suaminya, Ramin Kassim, 71, yang turut berpindah ke PPS di SK Melayu Raya berkata, lebih daripada 70 kali dia sudah menghadapi banjir sejak tinggal di situ.

Katanya, daripada anak-anaknya masih kecil dan meningkat dewasa serta mempunyai kerjaya masing-masing, banjir terus melanda Jalan Kempas ini yang terletak berhampiran berhampiran sebatang tali air atau sungai.

Menurut Marwiyah, dalam tempoh banjir ini, dia dan suaminya tidak dapat menorah getah menyebabkan kehilangan sumber pendapatan utama selain tidak dapat memotong buah kelapa sawit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI