fbpx
Tangkap layar video menunjukkan Lin bermekap sistem bantuan pemanduan termaju diaktifkan. - SAYS

Percayakan AI, wanita pakai mekap sambil memandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Seorang wanita di China didenda 200 yuan (RM116) selepas merakam dirinya menari dan memakai mekap ketika memandu, lapor portal berita VN Express. 

Ketika kejadian baru-baru ini, wanita itu memberitahu polis, dia mengaktifkan sistem pemanduan automatik keretanya.

Rakaman video dikongsi di media sosial menunjukkan wanita dikenali sebagai Lin itu melalui sebuah terowong tanpa memegang stereng untuk bersolek, malah dia  turut  menari dan makan makanan ringan. 

Lin dipercayai memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) AITO berharga  500,000 yuan (RM289,330) iaitu jenama kenderaan pintar premium yang disokong oleh gergasi teknologi China, Huawei. 

Selepas rakaman itu tular, polis memberi amaran kepada Lin bahawa sistem tersebut direka untuk keadaan jalan yang mudah dan tidak berupaya menangani senario sukar atau situasi kecemasan

“Walaupun tangan saya melakukan perkara lain, saya masih berfikir mengenai pemanduan. 

“Saya percayakan pemanduan pintar. Sebagai pemandu wanita, saya fikir sistem pintar ini memandu lebih baik daripada saya,” kata Lin kepada polis. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN