fbpx
Keadaan kemalangan yang mengakibatkan penumpang lelaki berusia 22 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kemalangan MEX: Reman pegawai tentera mabuk disambung hingga esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tempoh reman pegawai tentera yang ditahan kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kemalangan maut di Lebuh Raya Maju (MEX), disambung sehingga Khamis ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, setakat ini, seramai 12 saksi dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Kertas siasatan masih belum lengkap dan akan dirujuk kepada pihak pendakwaan esok pagi bagi mendapatkan arahan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan mahkamah membenarkan seorang pegawai tentera direman lima hari sehingga semalam untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 23 April lalu, pegawai tersebut yang memandu kereta jenis Ford Fiesta dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang merupakan kenderaan e-hailing.

Kejadian pada pukul 5.38 pagi di Kilometer 1.9 Lebuh Raya MEX dari arah Salak Selatan menghala ke Jalan Tun Razak itu mengorbankan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 22 tahun yang juga YouTuber terkenal.

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Penumpang wanita warganegara sama yang juga isterinya berusia 20 tahun kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Pemandu e-hailing dan penumpang wanita berusia 36 tahun dalam kereta Ford Fiesta turut cedera. Siasatan awal mendapati ketika kejadian MPV itu membawa dua penumpang warga Bangladesh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Hasil ujian pernafasan menunjukkan bacaan alkohol pegawai tentera tersebut melebihi had dibenarkan, namun ujian saringan air kencing didapati bebas bahan terlarang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN