fbpx
DR. MUHAMAD AKMAL

[VIDEO] Kalau saya meninggal, meninggallah saya di sana – Dr. Akmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JASIN – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengakui berdebar menjelang keberangkatannya menunaikan ibadah haji sehingga menitipkan doa agar sekiranya ditakdirkan meninggal dunia, biarlah di Tanah Suci.

Menurut beliau, walaupun sudah beberapa kali menjejakkan kaki ke Mekah, namun perasaan untuk mengerjakan haji kali ini bersama ibu dan isterinya tahun sangat berbeza dan sukar digambarkan.

“Saya tak tahu kenapa saya rasa berat, sangat berat, saya pergi umrah banyak kali, tetapi nak pergi haji dia rasa berdebar lain macam.

“Kalau ikut logik akal, saya rasa macam tak dapat pergi tahun ini tetapi bila kita percaya dengan kuasa dan takdir Allah, bila Allah kata jadi, maka jadilah,” katanya menerusi satu perkongsian di media sosial hari ini.

Beliau berkata, peluang terpilih menjadi tetamu Allah bersama ibu dan isterinya merupakan hadiah paling tidak ternilai dalam hidupnya.

“Saya rasa ini hadiah yang paling tidak ternilai buat saya kerana lagi dekat nak pergi, lagi rasa berdebar. Saya nak minta doa daripada akak-akak dan orang kampung agar dipermudahkan segala urusan ibu dan isteri saya mengerjakan haji dan saya juga doa agar Allah jemput kita semua mengerjakan haji,” katanya.

Menurut beliau lagi, terdapat satu doa yang sentiasa dipinta ketika berada di Tanah Suci iaitu agar dikurniakan husnul khatimah di bumi suci Mekah atau Madinah. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Akmal Saleh (@akmalsaleh)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN