fbpx

Pita suara Umar rosak, kini berstatus OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jurdzman menyedut kahak Umar (kiri) dari lubang yang ditebuk pada saluran pernafasan di kediamannya di Padang Besar baru-baru ini.

PADANG BESAR – Seorang bapa dari Bukit Kateri di sini, semakin buntu memikirkan cara terbaik untuk mendapatkan rawatan buat anak lelakinya bagi membuka semula saluran pernafasan yang tersumbat.

Jurdzman Jaafar, 32, berkata, dia yang berniaga burger secara kecil-kecilan terpaksa melakukan pelbagai kerja lain bagi mencari wang untuk menanggung kos dan peralatan perubatan anak lelakinya, Huzza Umar, 4.

Katanya, anak lelaki ketiganya itu mengalami kecederaan ketika menjalani satu prosedur pembedahan yang dilakukan di sebuah hospital kira-kira tiga tahun lalu.

“Umar dilahirkan bersama kembarnya dalam keadaan pramatang dan pemeriksaan perubatan mendapati terdapat darah beku pada belakang mata yang berisiko membawa maut jika tidak dikeluarkan.

“Selesai pembedahan, bacaan kadar oksigen Umar sering merosot dan kadang kala wajahnya bertukar kebiru-biruan serta sesak nafas disebabkan saluran pernafasan tersumbat,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Rancangan Perumahan Awam Chuping, Bukit Keteri di sini baru-baru ini.

Kata Jurdzman, anaknya itu terpaksa berada selama lebih tiga tahun di hospital dan melalui lapan pembedahan lain bagi membetulkan saluran pernafasan yang kini tertutup dan berparut pada bahagian dalam.

Menurutnya, pita suara kanak-kanak itu juga rosak dan anaknya kini bisu serta dikategorikan sebagai orang kelainan upaya (OKU) oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Umar juga mengalami masalah talasemia dan kini bergantung kepada susu formula khas serta terpaksa menukar ganti tiub ‘tracheostomy’ berpenapis berharga RM700 sebulan sekali,” ujarnya.

Kata bapa kepada empat cahaya mata itu, pendapatannya dan isteri yang berniaga burger hanya kira-kira RM1,000 sebulan dan kos rawatan Umar sahaja lebih RM1,500 tidak termasuk kos persekolahan anak-anak lain.

“Saya berterima kasih kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis atas ­bantuan dihulurkan sebelum ini serta Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberi bantuan kebaji­kan RM500 sebulan untuk Umar,” jelasnya.

Dalam pada itu, orang ramai boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB Jurdzman (7048532095) atau menghubunginya di talian 014-6723500 bagi sebarang bantuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI