fbpx
Gambar hiasan.

Mesyuarat khas PRN Johor ditetapkan selepas terima pemakluman speaker

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memaklumkan tarikh bagi mengadakan mesyuarat khas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor selepas menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Negeri Johor berkaitan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) terbabit.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, pihaknya mengambil maklum sidang media Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengenai pembubaran DUN Johor pada hari ini.

“Sehubungan dengan itu, SPR akan memaklumkan tarikh bagi mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan tarikh-
tarikh penting bagi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor Ke-16.

“Ia sebaik sahaja menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Negeri Johor berkaitan tarikh pembubaran Dewan Negeri Johor ini,” katanya ringkas dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Hari ini, tek-teki mengenai pelaksanaan PRN Johor ke-16 akhirnya terjawab selepas DUN Johor secara rasmi dibubarkan berkuat kuasa hari ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan perkara itu dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di kediaman rasmi beliau di Johor hari ini.

Pembubaran itu telah diperkenankan Sultan Johor, Sultan Ibrahim selepas menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN