fbpx

Dua ‘hantu askar’ dilihat di tapak perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA hantu askar dilihat berada di tapak bekas Perang Saudara di Gettysburg, baru-baru ini. - Foto SWNS

WASHINGTON – Sebuah rakaman video menunjukkan lembaga didakwa dua hantu askar berlari di lokasi yang pernah menjadi tempat berlakunya perang saudara di Gettysburg, Pennsylvania, lapor laman berita Daily Star semalam.

Seorang pengurus kedai, Greg Yuelling berkata, ketika kejadian, dia melawat lokasi tersebut bersama anak perempuan dan dua bapa saudaranya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah tempat berkenaan.

Menurutnya, mereka kemudian mendengar bunyi bising sebelum kabus tiba-tiba muncul. 

“Kami kemudian melihat dua lembaga bergerak dalam kegelapan. Kedua-duanya mempunyai saiz seperti manusia. Salah satunya berlari ke arah meriam,” katanya. 

Yuelling yang sebelum ini pernah berasa ragu dengan dunia paranormal mengaku dia kini mula mempercayainya.

Menurutnya, dia dihantui dengan perasaan aneh dan sukar untuk tidur selepas kejadian itu. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI