fbpx
TRUMP dan Presiden UFC, Dana White berjalan menuju ke Laman Selatan di pekarangan White House untuk menonton kejohanan UFC Freedom 250 semalam. – AFP

Perang Asia Barat tamat, harga minyak turun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Harga minyak turun empat peratus hari ini selepas Amerika Syarikat(AS) dan Iran mengumumkan mencapai perjanjian damai untuk menamatkan perang selama berbulan-bulan yang telah menggugat pasaran tenaga global.

Minyak mentah penanda aras West Texas Intermediate turun 4.39 peratus pada AS$81.15 (RM328) setong di Tokyo selepas pengantara, Pakistan berkata,  AS  dan Iran bersetuju dengan perjanjian damai serta penamatan operasi ketenteraan ‘serta-merta dan berkekalan’ di semua medan, termasuk Lubnan.

“Perjanjian dengan Republik Islam Iran kini selesai,” Presiden Donald Trump yang mengesahkan kenyataan beliau sendiri semalam.

Trump turut mengumumkan bahawa Selat Hormuz  akan dibuka semula.

“Saya dengan ini memberi kebenaran penuh pembukaan Selat Hormuz tanpa tol, dan serentak dengan ini, memberi kebenaran penyingkiran serta-merta sekatan Tentera Laut Amerika Syarikat. Kapal-kapal dunia, hidupkan enjin anda. Biarkan minyak mengalir!,”  katanya.

Tidak lama selepas itu, Iran berkata, perjanjian yang baru diumumkan dengan Amerika Syarikat itu mengakhiri perang antara kedua-dua negara. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN