fbpx

PBAPP sediakan 99 lori tangki ketika gangguan bekalan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
590,000 pengguna air di Pulau Pinang akan menghadapi gangguan bekalan air berjadual selama 96 jam, bermula 10 Januari ini.

SEBERANG PERAI – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan menggunakan 99 lori tangki untuk menghantar bekalan kepada pengguna yang terjejas ketika gangguan bekalan air berjadual bermula 10 Januari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir Pathmanathan K berkata, jumlah lori tangki itu termasuk 27 bersaiz jumbo antara paling besar digunakan dalam sejarah bekalan air di Pulau Pinang.

Menurutnya, lori tangki bersaiz jumbo itu disewa khas oleh PBAPP dan mampu menyimpan 40,000 liter air terawat.

“Selain itu, lapan lori tangki PBAPP, 34 lori tangki Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan 15 lori tangki yang disediakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) serta Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) turut akan digunakan sepanjang tempoh terbabit.

“Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) turut menyediakan 15 buah lori tangki berkapasiti 5,000 liter dan 10,000,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pelan penempatan tangki PBAPP akan mengikut pelan pemulihan berperingkat seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Katanya, pihaknya juga sedang memasang 97 tangki air statik bagi menyimpan air untuk diambil oleh pengguna terjejas.

“Tangki air berkenaan termasuk jenis ‘tangki fleksi gajah’ yang disewa dan mempunyai kapasiti 24,000 liter.

“Tangki fleksi gajah” dan tangki statik yang dipasang oleh PBAPP ini adalah tambahan kepada tangki air yang ditempatkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri, Adun (ADUN) dan Ahli Parlimen masing-masing.

“Sebanyak 19 unit tangki fleksi gajah ini akan ditempatkan di Balik Pulau, Batu Maung,Batu Uban,Bukit Tengah, Bayan Lepas, Jawi, Pantai Jerejak, Paya Terubong, Pulau Betong dan Sungai Acheh,” katanya.

Bagi tangki statik biasa berkapasiti 2,500 liter akan ditempatkan di semua kawasan terjejas. – KOSMOI! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI