SHAH ALAM – Seorang lelaki diburu selepas tular disyaki mencuri sebuah motosikal di rumah penduduk di Padang Jawa sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada lelaki tempatan berusia 30-an, pukul 9.47 pagi.
Jelasnya, kehilangan itu disedari mangsa selepas mendapati motosikal diletakkan di hadapan rumah tiada dipercayai dicuri suspek yang tidak dipastikan identitinya.
“Usaha mengesan dan menangkap suspek lelaki itu sedang giat dijalankan oleh polis.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan,” katanya hari ini.
Tambah Ramsay, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut kejadian diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Rustam Eliah di talian 019-6148034 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE














