fbpx
Anwar

Budi Agri-Komoditi diteruskan, bekalan ubat mencukupi – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju meneruskan inisiatif Budi Agri-Komoditi secara bersasar demi membantu pekebun kecil, pengusaha serta golongan rentan yang menjadi tulang belakang ekonomi negara.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hantaran dl laman Facebooknya hari ini.

Jelas Anwar, perkara itu diputuskan selepas beliau menghadiri Mesyuarat Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pagi.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas mendengar pembentangan utama daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dalam merungkai krisis rantaian bekalan global yang kian menekan.

Sebagai makluman, antara inisiatif utama di bawah Budi Agri-Komoditi adalah bantuan tunai bulanan kepada pengusaha kecil sektor pertanian dan komoditi.

Kadar bantuan asal ialah RM200 sebulan, namun telah dinaikkan kepada RM400 sebulan bermula April 2026 bagi penerima yang layak.

Dalam pada itu, Anwar memberitahu bahawa bekalan ubat masih stabil dan KKM akan terus memantau dengan rapi sebarang cabaran rantaian stok mahupun harga bagi mengelakkan rakyat menjadi mangsa keadaan.

“Apa jua cabaran yang mendatang, Kerajaan Madani akan terus bekerja keras, bertindak dengan ihsan dan memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan negara,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN