fbpx

Pemandu teksi, bas sekolah di P. Pinang dapat ‘lump sum’ RM600

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menyalurkan sumbangan berjumlah RM600 yang akan dibayar secara sekali gus kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah, tahun ini.

Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Zairil Khir Johari berkata, tahun 2024 merupakan tahun ke-11 sumbangan itu disalurkan kepada semua pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah di Pulau Pinang.

Menurutnya, sejak tahun 2013 hingga tahun 2023, jumlah keseluruhan insentif yang telah disumbangkan kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah adalah berjumlah RM16.56 juta.

“Mulai tahun 2024, ia telah ditambah baik dimana bayaran akan dilakukan sekali gus sebanyak RM600 kepada semua pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak kerajaan negeri.

“Permohonan juga akan dibuka sepanjang tahun dan bayaran pertama akan dilakukan pada bulan Mac 2024 bergantung kepada jumlah permohonan yang diterima,” katanya di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, dua syarat baharu yang akan berkuat kuasa bagi permohonan mulai tahun 2024 adalah pemohon perlulah merupakan pengundi di Pulau Pinang sahaja selaras dengan permohonan program lain di bawah sistem i-Sejahtera.

“Pemohon perlu berdaftar dengan Perkeso di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) bagi pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah yang bekerja sendiri,” katanya.

Tambahnya, perkara itu disyaratkan demi membantu semua pemandu teksi agar sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini, sekurang-kurangnya pemandu teksi mempunyai perlindungan insurans. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI