fbpx

Joe Biden tutup mata kekejaman di Gaza – Pegawai AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kepulan asap naik ke udara di bandar Rafah selepas diserang Israel kelmarin. - AFP

WASHINGTON – Seorang pegawai kanan pendidikan di Amerika Syarikat (AS) meletakkan jawatan disebabkan kegagalan pentadbiran Presiden Joe Biden melindungi orang awam di Semenanjung Gaza daripada serangan Israel.

Saluran berita NBC News melaporkan, penasihat dasar di Pejabat Perancangan, Penilaian dan Pembangunan, Tariq Habash menghantar surat peletakan jawatan kepada Setiausaha Pendidikan AS, Miguel Cardona kelmarin.

“Saya tidak boleh lagi berdiam diri, pentadbiran ini menutup mata pada kekejaman terhadap rakyat Palestin yang tidak bersalah. Pakar-pakar hak asasi manusia menyebutnya sebagai kempen genosid Israel,” katanya.

Peletakan jawatan Habash membuktikan wujud perasaan kurang senang dalam kalangan kakitangan awam berhubung cara Washington mengendalikan perang Israel-Hamas yang tercetus pada 7 Oktober lalu.

Pada November 2023, lebih 400 pegawai pentadbiran AS menulis surat terbuka untuk menyeru Biden mendesak gencatan senjata dilaksanakan di Gaza. 

Dalam suratnya, Habash menjelaskan bahawa pentadbiran Biden gagal menghalang malapetaka kemanusiaan di Gaza.

“Saya tidak boleh secara rahsia bersubahat kerana pentadbiran ini yang gagal menggunakan pengaruhnya sebagai sekutu terkuat Israel untuk menghentikan taktik Rejim Zionis menyekat bekalan kemanusiaan di Gaza sehingga mencetuskan wabak penyakit dan kebuluran,” katanya.

Habash turut menekankan bahawa Biden secara terbuka sangsi tentang angka kematian penduduk Palestin di Gaza yang digunakan oleh Jabatan Negara, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kebanyakan pertubuhan kemanusiaan lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI