fbpx

Pengguna boleh ‘skip’ e-KYC untuk kemas kini di PADU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengguna yang ingin mendaftar di PADU kini boleh membuat kemas kini maklumat tanpa melalui proses e-KYC. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pengguna yang ingin mendaftar di Sistem Pengkalan Data Utama (PADU) kini boleh membuat kemas kini maklumat tanpa melalui proses Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital (e-KYC).

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, ‘update’ (kemas kini) terbaharu itu dibuat bagi melicinkan proses pengemaskinian maklumat individu selepas mengambil maklum beberapa isu berbangkit.

“e-KYC hanya dilaksanakan setelah pengemaskinian maklumat dilaksanakan dan individu ingin membuat pengesahan dan perakuan penghantaran profil.

“Sebarang maklumat yang diisi tanpa eKYC yang disahkan tidak akan diintegrasikan ke dalam PADU. Hanya maklumat yang dikemukakan dari pengguna yang telah berjaya pengesahan eKYC dikira sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, katanya, mengenai aduan mengisi butiran isi rumah, PADU secara umum direka bentuk bagi memusatkan maklumat setiap individu yang bertaraf warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia.

“Jadi, setiap individu yang berusia 18 tahun dan ke atas perlu mempunyai akaun individu sendiri.

“Bagi tujuan pembentukan isi rumah, individu yang berada di bawah satu isi rumah perlu dimasukkan di bawah satu isi rumah bersama ahli yang lain termasuklah mereka yang berusia di bawah 18 tahun dan bukan warganegara.

“Hanya ketua isi rumah sahaja dibenarkan membuat pengemaskinian. Perakuan bagi ahli isi rumah hanya boleh dibuat apabila ketua isi rumah telah selesai mengisi maklumat isi rumah masing-masing,” jelasnya.

Sehubungan itu, Rafizi berkata, nombor telefon yang sama boleh digunakan sebanyak lima kali bagi memudahkan pendaftaran individu yang merupakan ahli isi rumah (18 tahun ke atas) atau ibu bapa yang tidak memiliki telefon untuk membuat pendaftaran akaun PADU.

Untuk rekod, pedaftaran PADU yang dibuka sejak semalam, merekodkan jumlah pengguna berdaftar sebanyak 233,782 setakat pukul 10 pagi, hari ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 118,115 atau 71 peratus pengguna selesai membuat pengesahan menerusi e-KYC. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI