fbpx

UUM, UiTM kaji punca Kuala Muda catat kemalangan maut tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aman Shah (tiga dari kiri) bersama orang ramai dalam Program Penukaran Topi Keledar JPJ Kedah di Jitra, malam tadi.

JITRA – Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sedang melaksanakan kajian di daerah Kuala Muda, dekat sini yang mencatatkan jumlah kes kemalangan maut tertinggi di negara ini.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Aman Shah Hashim berkata, kajian itu dijalankan secara menyeluruh oleh dua universiti tersebut yang menganggotai Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR).

Katanya, kajian itu adalah bagi mengenal pasti punca serta penyelesaian kepada perkara berkenaan.

“Sebanyak 121 kemalangan dicatatkan di daerah tersebut antara Januari hingga September lalu berbanding 108 kes bagi tempoh sama pada 2022,” katanya pada sidang akhbar pada Program Penukaran Topi Keledar JPJ Kedah sempena Program Kedah Ambang Sejahtera 2024 di Tasik Darul Aman, di sini malam tadi.

Menurutnya, selain Kuala Muda, pihaknya turut memberi fokus kepada daerah Kulim dan Kota Setar.

“Di Kota Setar, jumlah kemalangan maut dalam tempoh sama adalah sebanyak 75 kes pada tahun lalu berbanding 67 kes pada 2022 manakala di Kulim, sebanyak 63 kes kemalangan maut dicatatkan tahun lalu berbanding 62 kes pada 2022.

“Kemalangan tidak hanya berpunca daripada sikap pemandu sebaliknya turut disebabkan oleh pelbagai faktor lain termasuk keadaan kenderaan dan jalan raya. Maka kami akan terus berusaha membawa kesedaran kepada pengguna jalan raya melalui pelbagai program antaranya kempen kesedaran, advokasi dan dialog antara pelbagai pihak,” ujarnya,

Dalam program tersebut, sebanyak 684 topi keledar percuma diedarkan kepada orang ramai yang melakukan pertukaran dengan membawa topi keledar lama atau rosak milik mereka, ke reruai disediakan JPJ. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI