fbpx
Gambar yang dikongsi pengguna tersebut.

Jangan parkir, kami mahu berniaga di sini – Warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai mempersoalkan tindakan segelintir warga asing menghalang penggunaan tapak parkir di pusat bandar Kuala Lumpur terutamanya sekitar Chow Kit, Medan Tuanku, Lebuh Pasar serta Bukit Bintang.

Ini kerana dakwa pengguna ada sebahagian kawasan parkir tersebut telah ‘dijajah’ oleh warga asing sebagai tapak untuk mereka berniaga.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai Nr_dam berkata, dia terkilan apabila telah dihalang untuk meletakkan kenderaan ruang parkir yang disediakan pihak berkuasa.

“Nak tanya warga Kuala Lumpur, saya tak pandai baca atau warga Indonesia yang berniaga di kaki lima ini yang tidak tahu peraturan. Setahu saya tapak parkir kuning yang disediakan untuk parkir kereta berbayar dan bukan tempat berniaga, betul tak?

“Kejadian ini baru terjadi kepada saya kira-kira pukul 2.30 petang tadi (semalam) apabila seorang warga Indonesia yang berniaga mengarahkan saya untuk jangan parking bermula pukul 6 petang ke atas kerana mereka nak buka meja di tapak parkir kuning, betul ke?,” soal individu tersebut.

Bagaimanapun, dia tidak memberikan secara terperinci kawasan tersebut namun difahamkan kejadian berlaku semalam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai reaksi dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera ke atas warga asing tersebut.

“@imigresen_selangor @kesatuanimigresen boleh tolong buat penangkapan di sini? kata orang kat sini dah banyak kali buat tapi tetap ada, kenapa ye?,” kata @Quail.5642595.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Aisah_bee.

“DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), jangan tunggu orang buat aduan baru nak bertindak. Pantau setiap masa tempat-tempat yang menjadi ‘port’ warga asing berniaga,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN