fbpx
Remy mengakui tidak menjalani uji bakat bagi watak ikonik Hang Tuah dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang (PGLM).

Remy Ishak tak hadir uji bakat watak Hang Tuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Datuk Remy Ishak mengakui tidak menjalani uji bakat bagi watak ikonik Hang Tuah dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang (PGLM).

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 44, memaklumkan keputusan tersebut terpaksa diambil berikutan tuntutan tanggungjawab dan komitmen kerja lain yang lebih besar pada waktu ini.

“Saya pergi uji bakat pada 2019 tak silap saya. Cuma tak dapat dipentaskan sebab ketika itu Covid-19.

“Saya dapat tawaran untuk uji bakat lagi sekali tapi saya rasa ada komitmen lain.

“Bila nak buat yang baru ini saya ada komitmen lain yang lebih besar. Jadi, saya tak boleh nak turut serta walaupun dah disenaraikan sebagai Hang Tuah, saya kena tarik ‘handbrake’,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui semasa sesi fotografi bagi mempromosikan filem terbaharunya berjudul Khadam.

Meskipun terpaksa melepaskan peluang keemasan buat masa sekarang, pelakon filem Pulang itu tetap bersikap terbuka untuk menggalas watak hang Tuah pada masa hadapan sekiranya diberi ruang dan peluang.

“Kerja insya-Allah kalau ada mungkin akan datang pada masa terbaik.

“Katakanlah dia nak dipentaskan tahun hadapan dan jadual saya okey, tiada masalah saya ‘on’,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, nama Remy turut tersenarai antara pelakon lelaki yang sesuai memegang watak Hang Tuah yang sebelum ini dipegang Stephen Rahman pada pementasan sebelum ini.

Teka-teki mengenai peranan tersebut terjawab apabila Aqasha secara rasmi diumumkan sebagai pemegang watak utama berkenaan.

Pementasan semula PGLM yang diterajui Penerbit Eksekutif dan Pengarah, Tiara Jacquelina dijadualkan berlangsung pada Oktober 2026.

PGLM merupakan adaptasi filem epik tahun 2004 yang kemudian diangkat ke pentas teater dan mendapat sambutan luar biasa, sekali gus menjadikannya antara naskhah paling gah dalam sejarah seni persembahan negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN